21 Feb 2017

Ayat-Ayat Cinta Islam Yang Terindah Khas Buat Anda

ayat cinta islam yang terindah khas buat anda

Ayat-ayat cinta ni secara islamic tau. 
harap kawan2 di pemaniskata suka kata-kata indah ini. 

Mudah-mudahan kita dapat menjadi insan yang berbahagia tidak di dunia sahaja tapi di akhirat juga kan. in shaa Allah. ok jom kita hayati koleksi terbaik ni.

Bila kau letih dan hilang semangat.,
Allah tahu betapa kau telah mencuba.,
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.,
Allah telah mengira titisan air matamu.,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu.,
Allah setia disisimu.,

Bila kau telah mencuba tapi tak tahu tujuan.,
Carilah Allah kerana Dia ada jalan penyelesaian.,
Bila sesuatu yang tak b'erti berlaku kepadamu, keliru dan kecewa.,
Ketahuilah bahawa Allah ada jawapannya.,
Carilah Dia & sujudlah kepadaNya....

Kahwin dengan orang yang kita cintai., Itu ialah impian....
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka., Itu ialah jodoh....
Menikahi orang yang kita cintai., Itu ialah kemungkinan....
Mencintai orang yang kita nikahi., Itu satu kewajipan....
Segalanya adalah kuasa ALLAH...
Takdir yang menentukannya.....

Bulan berbicara pada bintang.,
Tetaplah berkilau walau aku terlindung dek awan.,
Jika malam ini hujan menitis.,
Itu kerana aku menangis merinduimu.,
Mungkin kalau datangnya guruh dan petir.,
Itu kerana aku merintih takut kehilanganmu.,
Biar malam ini panjang agar kamu hadir dalam mimpiku.,
Biar kamu jauh asalkan kamu tetap dalam doaku....

Saya diam bukan bermakna saya tak boleh lawan cakap awak.,
Saya senyum bukan bermakna saya rela dimarah, d'caci oleh awak.,
Saya tunduk bukan bermakna saya kalah.,
Tapi diam sebab tak nak sakiti hati awak macam awak buat pada saya.,
Saya senyum sebab teringat pesan mak ayah supaya jangan tinggikan
suara pada insan lain.,
Hakikatnya saya juga macam awak.,
Punyai hati & perasaan....

Jangan bercinta kalau tak mampu nak setia.,
Jangan ucapkan sayang kalau ada niat nak curang.,
Tak usah bicara rindu kalau selalu cemburu.,
Sebab kasih sayang berasaskan keikhlasan bukan keterpaksaan.,
Biar berjauhan asal jangan berubah.,
Biar tak jumpa asal hati tak lupa.,
Cubalah untuk setia walau jauh d'mata....

Bila kita cinta, kita akan sakit.,
Bila kita sakit, kita akan benci.,
Bila kita benci, kita akan cuba melupakan.,
Bila kita nak lupa, kita mula merindui.,
Bila kita rindu, kita berharap cinta itu datang.,
Tapi rasa itu mungkin dah tak sama macam dulu....

Kita berjumpa hanya satu kebetulan.,
Berjumpa bukan untuk kebaikan.,
Tapi penuh dengan kenakalan.,
Kebetulan yang akhirnya berkekalan.,
Berbagai kenangan telah d'lukiskan.,
Diwarnai dengan gurauan dan usikan.,
Dihiasi dengan gelak tawa dan juga senyuman.,
Kebetulan yang membawa kerinduan d'saat berjauhan.,
Namun tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berteman.,
Kecuali ajal dan juga kematian.,
Terima kasih untuk kebetulan ini kerana ia mengajar kita erti
sebuah perhubungan yang amat bernilai....

Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu
sebelum dia pergi dari hidupmu.,
Hari ini mungkin dia masih mencintaimu.,
Tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu.,
Dan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintai dia
ketika dia telah pergi.,
Jadi...jangan pernah sia2 kan cinta yang sekarang ini masih mengisi hatimu....

Tekadang kita tak dapat apa yang kita impikan.,
Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa.,
Sedangkan kita tak sedar apa yang diperolehi adalah lebih baik
dari apa yang kita harapkan.,
Benar bahawa kita tak tahu apa yang kita miliki
sampai kita kehilangannya.,
Benar juga bahawa kita tak tahu apa yang belum kita miliki
sehingga kita mendapatkannya.,


Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah.?
Benarkah setiap p'cinta akan terus mengingati kekasihnya
walaupun kekasihnya itu tak ada untuk menemaninya setiap waktu.,
Benarlah kata orang cinta itu buta.,
Cinta itu tak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta walaupun jalan itu amat sukar dan berliku.,
Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk terangi segalanya....

20 Dec 2016

“Kenapa Awak Tak Secantik Amyra Rosli?” Jawapan Wanita Ini Buat Suaminya Terkedu

“Kenapa Awak Tak Secantik Amyra Rosli?” Jawapan Wanita Ini Buat Suaminya Terkedu

Pelakon Amyra Rosli yang cantik jelita kini sedang trending di media sosial dengan drama terbaru yang dilakonkan bersama Aaron Aziz, Isteri Tuan Ihsan. Drama yang diadaptasi dari novel tulisan Sarah Kyoko ini mendapat sambutan hangat, tambahan pula Aaron dan Amyra mempunya ratusan ribu peminat tersendiri.

Seorang pengguna Facebook, Sariah Othman telah menceritakan kisah bagaimana suaminya memuji kecantikan Amyra setelah menonton drama tersebut dan bertanya mengapa pula isterinya sendiri tidak secantik Amyra? Ikuti jawapan Sariah:

KISAH SEMALAM 

Tengah syok layan drama Isteri Tuan Ihsan . Tiba-tiba laki aku berangan. Lepas tu dia cakap cantiknya Amyra Rosli ni. Aku diam. 

Dia buka pula Facebook. Comelnya Nora Danish. Dah tua pun badan still cantik. Lepas tu dia boleh pula tanya aku. 

Kenapa awak tak secantik mereka? Pandai jaga badan. Bertepek dekat muka kena bahan dengan suami sendiri. 

Aku pun terus bangun mandi dan bersiap-siap. Pakai t-shirt yang beli time raya tahun lepas dengan seluar jeans dah empat tahun beli. 

Suami: awak ni dah kenapa? Buang tebiat ke?
Isteri: abang, saya nak duit. Nak keluar jap.

Suami: nah, RM 100 ni. Kang jangan lupa beli lauk bawa balik sekali.

Isteri: mana cukup bang 100?

Suami: nah, abang tambah lagi 500. Pergi beli ubat putih kulit. Dah macam panda saya tengok muka awak.

Isteri: paling kurang abang kena sediakan duit untuk penjagaan diri saya sebulan RM 2,000.

Suami: apa banyak benar? 

Isteri: saya nak pergi spa, nak buat facial muka, nak beli jamu, nak beli collagen untuk gebukan kulit, nak beli vitamin c untuk haluskan kulit, nak pergi gym kuruskan badan. Nak pergi sauna. 

Suami: eh, saya tak ada duit banyak tu.

Isteri: ha, kalau dah tahu tak ada duit jangan nak berangan nak suruh bini awak jadi cantik macam artis-artis dekat televisyen tu.

Diorang sebulan RM 5,000 untuk cantikkan diri. Suntik itu ini. Makan vitamin itu ini. Pergi spa tiap-tiap minggu. Ni saya tiap-tiap minggu pergi pasar beli lauk.

Baru nak pakai bedak anak pula dah terberak dalam seluar. Artis-artis dekat televisyen tu pakai orang gaji untuk bantu-bantu dia buat kerja rumah tahu? 

Saya kalau cantik, saya tak pilih awak. Baik saya pilih pelakon Amar Baharin tu. Hensem pun hensem. 

Bukan nak berterima kasih sebab saya dah lahirkan zuriat awak. Lagi nak kutuk. Saya jadi macam ni pun sebab awak. 

Suami: $%$$###*%*””‘=. *Terus tutup televisyen dan tidur dengan tenang*

14 Dec 2016

10 Rahsia Bahasa Tubuh Wanita Yang Buat Lelaki Tergoda

10 rahsia bahasa tubuh wanita

Ini saya kongsikan dari nukilan saudari qiqi anura tentang 10 rahsia tentang bahasa tubuh wanita yang perlu anda tahu dan mungkin wanita perlu bagi kepastian.


Untuk makluman# tips yang dikongsikan di sini adalah khusus untuk isteri buat suaminya. kepada anda yang belum berkahwin, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. 

Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. 

Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. 

Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. 

Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. 

Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! 

Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. 

Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. 

Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. 

Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. 

Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. 

Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. 

Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

5 Dec 2016

22 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang

tanda pasangan curang beb
Baik lelaki mahupun perempuan tingkah laku ini sesuatu kebiasaan, ianya terjadi disebabkan ketidak puasan hati terhadap pasangan, mencari yang lebih baik atau pelbagai alasan lagi yang susah untuk diterima akal. hehe. Oklah jom kita semak tanda berikut yang merupakan tanda pasangan anda mulai curang dan tidak jujur dengan anda.

1. Perubahan tingkah laku/ minat

Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.


2. Memberi alasan

Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan.


3. Mengelak pandangan mata

Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”



4. Selalu dengan telefon bimbitnya

Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!


5. Gelisah tidak tentu pasal

Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?


6. Menolak

Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.


7. Membesarkan masalah kecil

Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.


8. Kurang melafazkan kata-kata cinta

Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh


9. Tersasul menyebut nama panggilan lain

Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.


10. Tidak menghargai pemberian anda

Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.


11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh

Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.


12. Menjawab panggilan secara berbisik

Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.


13. Mencari kesalahan anda

Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.


14. Tidak mesra semasa bertemu

Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.


15. Cepat marah

Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.


16. Tidak mengendahkan rajuk anda

Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.


17. Tidak menghubungi anda

Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.


18. Berahsia / Menipu

Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.


19. Hadiah secara tiba-tiba

Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.


20. Menghilangkan diri

Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.


21. Kawan baik anda menunjukkan hint

Anda dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu tentang kekasih anda yang anda tidak tahu.


22. Naluri anda

Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?

Jangan terlampau lurus dan bertanggapan bahawa kekasih anda tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat judgement dan kesimpulan.

Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, anda sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu.

Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu. Cemburu dan berburuk sangka secara melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan anda berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum anda bersemuka dengan si dia.

29 Nov 2016

‘Kita Tau Kita Menumpang’- Perbualan Pemandu Teksi Bangsa Cina Dengan Gadis Ini Buat Orang Tersentuh

kita menumpang

Ini antara sebab kenapa kita perlu saling hormat menghormati sesama kaum. Tidak semua kaum cina rasis dan terbaru kami kongsikan sedutan perbualan diantara gadis ini dengan seorang pemandu teksi berbangsa cina. 
Lebih 40k perkongsian di Twitter, gadis ini menceritakan pengalamannya menaiki teksi dengan seorang pakcik berbangsa Cina. Anda mesti baca perbualan ini dan pasti ia akan ‘membuka’ mata anda. Respect sama pakcik ni!

kita menumpang1


Suka lihat anak melayu belajar bahasa Inggeris
kita menumpang2




Anak study luar negara, minta balik bantu orang Melayu

kita menumpang3



‘Apa salahnya kita tolong sesama kita?’

kita menumpang4

sumber : ohbulan

23 Nov 2016

Nikmatnya Kematian Itu Tidak Dapat Dibayangkan Dengan Kata-kata

nikmatnya kematian itu

Alhamdulillah bersyukurlah kerana masih lagi bernafas,masih lagi diberi peluang menikmati kehidupan.

Dan yang paling penting masih punya masa untuk memperbaiki  segala kelemahan.
dan memohon keampunan kepada Allah. serta meminta maaf atas segala kesalahan (kepada makhluk.)

Ya Allah untungnya hamba yg  dikasihi Allah sentiasa diberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat dan menambah amalan soleh sebagai bekalan diAkhirat kelak.

Malangnya berapa ramai yang sedar dan menghargai nikmat kehidupan yang diberi?

Hidup ini meletihkan.  Sesak dengan rutin seharian. . Bangun pagi sudah bergegas hingga kepetang, penuh dengan tanggungjawab yang sangat memenatkan. 

Wang dicari memang tak pernah cukup, semakin banyak dicari semakin banyak keperluan, ditambah lagi dengan masalah ekonomi yang membebankan,  belum lagi masalah harian yang remeh temeh membuatkan hidup kita semakin tertekan.

Sampai bila semua masalah ini akan berakhir ? Sudah tentu ujian dariNYA Sampailah saat kita mati.

Tapi mati bukan bermakna berakhir segala kepayahan sebaliknya permulaan sebesar besar penderitaan KECUALI bagi mereka yang telah membuat persediaan awal, merancang kematian agar penuh dengan kenikmatan.

Masya'Allah.

Sebagai hamba kita yakin Allah yang maha adil tidak mungkin memungkiri janjinya kepada mereka yang beriman dan beramal solleh.
Ada lah satu kezaliman  apabila membiarkan diri menjadi calon penghuni neraka.

Kerana jika tidak layak masuk ke syurga kemanakah lagi kita?
Na uzubilah,
Jadilah orang yang cerdik yang sentiasa ingat akan mati, agar hati menjadi lembut dan badan  menjadi ringan berbuat ibadah . 

Ikhlas kan hati dalam setiap perkara, redho dengan ketentuan  qada dan qadar, tidak meremehkan walaupun sekecil kecil kebaikan kerana kita tidak tahu yang mana satu kebaikan atau amalan yang membawa kita ke syurga.

Ingat lah mati cuma pintu masuk ke alam barzah , transit sebelum masuk pula ke alam massyar.Kalau selamat menjawab pertanyaan malaikat maka berehatlah sepuàs hati tanpa gangguan ibarat pengantin yg ketiduran tiada yang berani mengejutkan

Sebenarnya sewaktu sakratulmaut lagi individu itu akan ditunjukkan dimana tempat tinggal yang layak baginya.
Bayangkan ketakutan yang dialami dalam keadaan kesakitan yang amat sangat tidak berkesempatan pula bertaubat (kerana waktu itu pintu taubat telah ditutup.)

Kemudian ditunjukkan pula kedahsyatan penyeksaan yang akan diterima.
Na uzubilah

Berbahagialah bagi hamba yang ibarat merancang kematian nya, tak sabar2 nak memasuki alam baru penuh kenikmatan.

Belum pun masuk syurga sudah mendapat kenikmatan. kubur seluas pandangan dgn udara yang nyaman dan haruman syurga sudah ditebarkan,tidak dpt dibayangkan.

Biarlah didunia ini letih bagaimana pun jangan tinggalkan solat diawal waktu.
Carilah masa untuk belajar ilmu agama agar kematian itu menjadi suatu nikmat.

Bacalah AlQuran apalagi surah al-mulk yang kita ketahui mempunyai banyak kelebihan dan akan menjadi penolong kita ketika dipersoal oleh Allah di akhirat nanti.

Cari ruang untuk zikrulah, banyak kan bersedekah seikhlas hati,

Jadilah orang yang bijak beribadat,(shot cut,tapi ganjaran lumayan)
Biarlah didunia susah dipandang rendah asal akhirat dipandang mulia.

Berazamlah dari hari ini saudara dan saudari dalam  mendapat kenikmatan sebenar mati.

Bukan saya suruh anda mati, Tapi mengingat kesusahan dalam ujiannya   
didunia ada nikmatnya. Jadikanlah kematian itu suatu NIKMAT YANG BERKEKALAN. 

21 Nov 2016

Bahagia Itu Pilihan Atau Ketentuan ?

bahagia itu pilihan

Semua insan mahu kan kebahagiaan bukan ?  
Bahagia itu ada definasi yang berlainan bagi setiap orang. 

Ada orang menganggap bahagia dapat dikecapi dari segi limpahan material. 
Ada orang bahagia bila kasih sayang yang didambakan dari seseorang didapati. Ada juga yang bahagia bila ada ketenangan fikiran. 

Bahagia terletak pada  cara penerimaan seseorang dari ketentuanNya ilahi.
Hati akan tenang bila kita faham setiap sesesuatu perkara samada baik atau buruk semua nya datang dari Allah.

Biarpun telah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu tapi itu tidak bererti kita berhak total untuk mendapatkan kerana sebagai seorang hamba boleh berusaha, beriktiar, berdoa dan tawakal tetapi hanya Allah yang menentukannya samada kita berjaya atau tidak untuk mendapat apa yang dicita.

Bersihkanlah jiwa dengan zikrullah agar hati menjadi lembut dan sentiasa redho dengan setiap ketentuan ilahi. kerana hati yang sempit akan menganggap masalah kecil menjadi besar dan hati yang lapang akan merasa masalah besar pun kecil bagi nya.

Hati akan derita merintih dengan pelbagai masalah kerana tidak dapat menerima kenyataan sebaliknya orang yang redho akan pelan-pelan cari penyelesaian sambil ingat kan dirinya bersabar kerana  musibah 
atau kesusahan yang dihadapi oleh nya datang dengan izin Allah. 

Contoh orang yang tiba2 dikotori najis burung ketika sedang berjalan akan rasa marah dengan burung sambil menyumpah 2 sangat tertekan dengan kata yang busuk, hanya akan derita dan sakit hati sebaliknya orang yang redho akan berkata burung makhluk yang tak tahu apa-apa tak sengaja pun nak berakkan kita, cepat-cepat cari jalan nak bersihkan dan masalah pun selesai dgn tenang tanpa rasa kesal.

Bahagia Itu Pilihan

Pilihlah bahagia dihati dengan mencari ketenangan, dan berbaik sangka dgn Allah.  ketenangan akan hanya diperoleh bila mencari Allah. 

Jagalah Allah dan Allah akan menjagamu.

19 Nov 2016

45 Ayat Pick Up Line Yang Boleh Membuatkan Wanita 'Cair'

45 Ayat Pick Up Line Yang Boleh Membuatkan Wanita 'Cair'

Saya tak tau ianya berkesan atau tidak untuk lelaki disana tu. hihi. just saja-saja nak kongsikan ayat sweet ni, sebab sayang rasanya kalau tak sharekan kat blog ni.
mungkin boleh buat awek-awek cair seperti coklat. chia chia cia. 

ini dia 45 ayat pickup line :-

1. Kita nak kemana ni?
Nak ke hati awak

2. "Alamak!!! Habisss...hilang... ni mesti Awk yg ambikkan?". "Ambik apa?".
"Awk dah ambik hati sayaa!"
3. "Awak ni kan, Nak Tau tak nak tau tak apa beza awak dengan banduan"
Tak, Apa?
"Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya" ;)
4. Awak cuci muka pakai gula eh?
Sebab muka awak nampak manis sangat buat saya.
5. "Saya penat laa.."
"asal..?Awak bru balik dri workout ka..?"
"tak de laa..tpi Saya penat sangat.."
"Awak buat ape yg penat sgt tuu.."
"Saya penat kejar hati Awak...hahaha"
6. "Awak tak penat ke? "
Tak la...Kenapa?
"Sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dalam kepala saya".
7. Boleh tak saya nak ambik gambar awak? nak tunjuk bukti kat kawan yang bidadari syurga memang wujud.
8. Awak kayuh basikal pelahan²
Nanti awak pelahan² masok dalam hati saye
9. Mintak maaf cik..boleh saya pinjam telefon cik kejap? Mak saya pesan, kalau saya dah jatuh cinta, telefon dia cepat-cepat.

Kalau nak bagi nampak power sikit, cuba usha awek guna ayat dalam bahasa inggeris.
10. Hi, my name is yours. So, i'm yours.
11. Remember me? I am Joe? Joe who? Joedoh awak.
12. Are you a Malay? Cause you make my air liur malaylay.
13. Girl is your name Wana? Cause i dont wana lose you.
14. Is your name Aida? Coz Aida lama minat you.
15. Excuse me..Awak ni architect ke? Pandai awak bina istana cinta dalam hati sy..

16. Dialog
Lelaki: Aku mahu bilang terima kasih sama kamu.
Perempuan: Kenapa, bang?
Lelaki: Gara-gara kamu ngajarin aku. Kelmarin result aku dapat 9.
Perempuan: Dalam mata pelajaran apa?
Lelaki: Mata pelajaran… ‘Mencintai kamu!’
17. Dialog
Perempuan: Tahu tak, aku sampai sekarang masih belum bisa membaca.
Lelaki: Aduh, kesian sekali kamu. Baca apa?
Perempuan: Baca isi hati kamu…
18. Dialog
Perempuan: Pilih yang kiri atau yang kanan? (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)
Lelaki: Hmm… kanan.
Perempuan: Kenapa tak pilih dua-dua saja, ini juga milik kamu kan (sambil tunjukkan tangan belah kiri)
19. Dialog
Perempuan: Kamu lebih suka mocha atau kopi?
Lelaki: Wah… dua-duanya saya suka ni. Hmm… Aku pilih kopi aja.
Perempuan: Kopi?
Lelaki: Kupinang (sebut ‘kopinang’) kau dengan Bismillah!
20. Dialog
Lelaki: Aku takut…
Perempuan: Takut apa?
Lelaki: Aku takut kehilangan kamu!
21. Dialog
Lelaki: Mulai sekarang aku tak mahu main wayang lagi
Perempuan: Jadi, sekarang mahu jadi apa?
Lelaki: Aku mahu jadi petani aja
Perempuan: Kenapa mahu jadi petani?
Lelaki: Supaya setiap saat aku bisa menanam cinta di hati kamu!
22. "Ape beza awak dengan HABUK?"
"Erk? X tau."
"Habuk melekat di mata sy tp awak melekat di hati saya"
‪#‎PickupLine‬
23. "Awak tahu tak organ paling penting
utk saya?" "Apa?" "Hati" "Sebab
apa?" "Sebab ada awak disitu"
‪#‎pickupline‬
24. Pantun Empat Kerat
Kelmarin hari Selasa,
Aku membeli kelana,
Kata orang kamu itu biasa,
Tapi buat aku kamu itu sempurna!
25. "Jauh temenung...awk tenung apa tu?"
"Sy tenung ms dpn kita...😍"
chia..chia..chiaa..
27. Cadbury dah halal, kita bila lagi?' ‪#‎pickupline‬ lol
28. "Walau pun saya ade duit rm 100 yg da ronyok, tp sy xkn ronyok kan hati awak"
29. " kalau tukang kayu memahat corak dan ukiran pada kayu... i memahat nama dan wajah u pada hati i.. "
30. Assalamualaikum.Selamat Pagi
"Nak Minum Air Apa?"
"Air Love u Sayang"
31. "keep straight Don't belok-belok"
kenapa Dont Belok-Belok
"Sebab saya nak straight ke hati awak"
Cia cia cia
32. "Nama awak airil ye"
Tak lah, Kenapa?
"Sebab i rilly rilly love you"
:)
33. "Awak ni kan, Nak Tau tak nak tau tak apa beza peti ais dengan awak"
Apa?
"Peti Ais sejukkan air, tapi awak sejukkan hati saya" ;)
34. "Nama awak Siapa?"
Nama Saya Raihana
"Oh Saya ada tugas untuk awak"
Apa?
"Tugas awak adalah untuk jaga hati saya" :)
35. " Awakkkk Tolongggg!!!! "
Kenapa Wak?
"Saya dah jatuh, Terjatuh dalam hati awak"
36. "Start daripada hari ini I nak jadi petani".
"Kenapa nak jadi petani?"
"Supaya setiap saat I boleh menanam cinta di hati U".
Chia chia chia!
37. "Awak lebih suka milo atau kopi?
"Hmm.. saya pilih kopi".
"Kopi?"
"Ya kopi. Kopi nang (ku pinang) kau dengan Bismillah".
Chia chia chia!


38. "Pilih kiri atau yang kanan?" (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)
"Hmm.. kanan".
"Kenapa tak pilih dua-duanya, sebab ini juga kan milik awak".
Chia chia chia!
39. "Tahu tak, sampai sekarang I masih tak boleh membaca.
"Baca apa?"
"Baca isi hati U".
Chia chia chia!


40. "Boleh tak saya nak ambik gambar awak?"
"Buat pe?"
"Nak tunjuk bukti kat kawan yang bidadari syurga sebenarnya memang wujud".
Chia chia chia!

41. "Awak tak penat ke?"
"Kenapa?"
"Sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dalam kepala saya".
Chia chia chia!


42. "Merah ni air tembikai ke?"
"Ye. Merah ni tembikai, yang ni air tebu"
"Mcm tu, bagi saya air tebu satu. Ikat tepi ye"
"Kenapa nak ikat tepi kalau dah boleh ikatan yang sah?"
Chia chia chia!


43. "Awak selalu pergi kedai mamak?"
"Tak juga. Kenape?"
"Sebab I dah teh tarik (tertarik) kat U".
Chia chia chia!

44. "Awak Aidah kan?"
"Bukanlah. Saya Siti. Kenape?"
"Sebab Ai dah (I dah) lama minat kat you".
Chia chia chia!
45. "Tumpang tanya,
I baru lagi kat sini.
Boleh tak bagi direction jalan nak pergi hati U?"
Chia chia chia!


kalau korang ada ayat pick up line yang lain. korang kongsikanlah disini okay. :)

10 Nov 2016

40 Cara Mengempiskan Perut Dengan Berkesan


cara mudah kempiskan perut anda

Jika anda mengalami masalah perut buncit dan ingin mengempiskannya, anda tidak perlu berputus asa kerana terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda. Individu yang mengalami masalah perut buncit akan mengalami masalah dari segi keyakinan dan juga penampilan. Antara beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perut buncit adalah pengambilan makanan yang tidak sihat dan kurang bersenam.

Seperti mana yang kita tahu,masalah perut boroi atau buncit adalah perkara paling ditakuti oleh lelaki dan juga wanita. Salah satu faktor bagi mereka yang mengalaminya adalah disebabkan lemak yang berlebihan disekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan.Kebiasaannya kaum lelaki lebih cepat mengalami masalah perut buncit kerana cara permakanan mereka tidak terkawal berbanding kaum wanita.


Jadi untuk mengatasi masalah ini,saya ingin berkongsi cara atau petua kempiskan perut dengan cepat dan berkesan


cara kempiskan perut2



Daun lidah buaya dan asam jawa



Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan programming interface yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Asam jawa 

Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya. 

Limau nipis dan kapur sirih

Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.( Tapi jangan guna kapur terlalu banyak tau.Takut awak-awak semua tak tahan panas.Buat sikit-sikit dulu ye J ) 

Teh cina dan limau nipis

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur. 

Limau nipis and air

Ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat. 

Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli 

Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat. 

Berikut merupakan beberapa tips mengempiskan perut:

Khasiat air putih/mineral 
Air putih akan membantu membersihkan organ dalaman dalam tubuh seseorang. Selain itu, ia juga akan membantu memudahkan sistem pencernaan berjalan dengan lancar dan terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit. Secara tidak langsung ia akan memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh manusia dan mengempiskan masalah perut buncit. Oleh itu, perbanyakkanlah minum air putih yang bersih kerana ia juga memberikan tenaga kepada anda. 

Bersenam/olahraga 
Anda yang mengalami masalah perut buncit boleh melakukan senaman sebagai langkah mengempiskan perut. Hal ini kerana melalui senaman ia dapat memberikan kita berat badan yang perfect sesuai dengan berat badan. Senaman juga memberikan tubuh badan yang sihat dan cergas. Pelbagai aktiviti senaman boleh dilakukan seperti running, push-up dan sebagainya. 

Kurangkan pengambilan garam yang berlebihan 
Pengambilan kandungan garam dalam makanan akan menyebabkan berlakunya penambahan sodium terhadap cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme dalam tubuh seseorang manusia. Kesannya, ia akan menyebabkan berlakunya perut buncit kepada individu tersebut kerana perut akan menjadi kembung dan penuh akibat masalah pengeluaran air yang tidak sempurna. Selain itu, adalah tidak digallakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat. Hal ini bermaksud, gaya pemakanan yang sihat diperlukan untuk memastikan kesihatan perut anda dan terhindar daripada masalah perut buncit. 

Jauhi push
Jadikan kehidupan anda sesuatu yang menggembirakan tanpa terbeban dengan masalah. Jika anda mempunyai masalah, selesaikan dengan baik dan cuba untuk menjadikan masalah tersebut sebagai bukan bebanan. Hal ini kerana push biasanya akan membuatkan seseorang meningkat nafsu makan dan menyebabkan kesukaran tidur. Selain itu, hindarkan daripada tidur setelah makan kerana ia akan menjadikan perut mudah untuk buncit. Oleh itu, adalah lebih anda banyak ketawa kerana ia akan membantu anda membakar kalori serta lemak yang terdapat dalam tubuh. 

Ubat pelangsing
jika anda mengambil keputusan untuk mengambil ubat pelangsing yang terdapat dalam pasaran, anda haruslah berhati-hari kerana dikhuatiri ia akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan anda. oleh itu, adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar yang lebih mengetahui mengenai ubat yang sesuai untuk anda. 

Selain itu, khidmat dan nasihat yang diberikan doktor juga akan mengelakkan anda daripada menghidapi kesan sampingan berbahaya yang mungkin akan mempengaruhi tahap kesihatan anda.

Jadi tunggu apa lagi..jom kita amal :)

9 Nov 2016

Mengapa Perlu Memaafkan Orang Sebelum Tidur Dan Apa Kelebihannya ?

mengapa perlu memaafkan orang

Banyak kelebihan yang kita dapat dari memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan merasa ketenangan. kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah kan ?

Memaafkan, berarti menghapus luka atau bekas-bekas luka yang ada di dalam hati. 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 

"Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit ( para malaikat )." ( Riwayat Thabrani ) 

Apabila kita maafkan semua orang, hati kita menjadi tenang.

Di dalam kehidupan seharian, kita terlupa satu perkara. Bahawa kita sering melakukan dosa dan tiap kali kita melakukan dosa, yang memaafkan dan mengampunkan kita itu – ALLAH. Pencipta kita.

Jadi, bagaimana kita boleh terfikir untuk tidak memaafkan manusia yang melakukan dosa kepada kita sedangkan Allah pun mengampunkan dosa-dosa kita terhadap Nya?

Kadang-kadang bila seseorang minta maaf kepada kita, kita senang mengungkapkan ‘okay, saya maafkan awak’.

Lebih-lebih lagi zaman teknologi canggih macam sekarang ini, hanya perlu meminta maaf dan memaafkan melalui mesej, whatsapp, bbm, wechat dan lain-lain.

Nampak senang bukan?

Tapi, adakah perkataan ‘saya maafkan awak’ itu lahir dari hati yang tulus ikhlas? Adakah ia benar-benar terbit dari hati kecil kita yang realitinya terluka dek kerana perbuatan insan yang meminta maaf itu?

Senang cerita macam ini lah, kalau kita buat salah dekat orang, kita mesti nak orang itu memaafkan kita kan? Takut-takut kalau tak sempat minta maaf, letih jugak nak cari orang itu di padang mahsyar nanti untuk minta maaf.

Tapi, kalau kita nak orang maafkan kita, kita mesti ikhlas dalam meminta maaf.

Percaya lah cakap saya, kalau kita minta maaf pun tak ikhlas dari hati, nescaya orang yang memaafkan itu pun akan jadi tak ikhlas dalam memaafkan.

Kepada yang memaafkan, anda kena ingat, bila anda memaafkan orang yang berbuat salah kepada anda, anda akan rasa tenang. Tenang setenang-tenangnya.

Berdendam takkan dapat bawa kita kepada ketenangan hidup, sebab kalau kita berdendam dan tak mahu maafkan orang yang berbuat salah kepada kita, kita akan hidup dengan penuh rasa benci dan marah.

Bila dalam diri penuh rasa benci dan marah, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan.

Sebab itu lah kalau kita perhatikan, orang yang tidak ikhlas memaafkan ini dia akan rasa tak puas hati dan masih ada rasa benci terhadap si pelaku salah.

Maafkanlah orang yang berbuat salah kepada anda walau seteruk mana anda disakiti. Memaafkan itu sifat terpuji. INGAT, HANYA ORANG YANG KUAT SAHAJA YANG AKAN MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH KEPADANYA.

Walaupun hakikatnya memang susah nak maafkan orang, tapi kalau kita maafkan, kita tak rugi apa-apa pun. Tak guna duit kita walau sesen pun.

Biasakan Diri Untuk Memaafkan Orang.

Antara adab - adab tidur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah memaafkan semua orang sebelum tidur. 

Sebelum tidur, cuba biasakan diri untuk meminta maaf kepada orang sekeliling dan memaafkan orang yang telah menyakiti kita. In shaa Allah, ketenangan lah yang akan kita dapat.

Kadang-kadang, kita perlu memaafkan orang, bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.

Memaafkan tak akan membuatkan kita hina walau sedikit pun, meminta maaf takkan menjatuhkan harga diri kita walau sedikit pun, kerna kita tahu akan hakikat bahawa manusia akan sentiasa melakukan kesilapan dalam hidup.


Belajarlah untuk memaafkan untuk kita memperoleh ketenangan. Sesungguhnya, pemaaf itu sifat orang beriman. :)