2 Nov 2016

Wanita Bengkok Seperti Tulang Rusuk ?


"Berwasiatlah dan berbuat baiklah kalian kepada wanita, kerana sesungguhnya wanita ini diciptakan daripada tulang rusuk. bahagian yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian yang paling atasnya, jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya. Dan apabila kamu biarkan sahaja maka dia tetap bengkok. maka itu berwasiatlah kepada wanita yang baik."
(HR Bukhari, Bab : berwasiat dengan wanita, No : 4787 )

Adakah hadis ini menggambarkan kelemahan serta kerendahan buat kaum wanita ?
baik mari kita telusuri hadis ini...

Hadis ini hakikatnya bukanlah merendah-rendahkan kaum hawa. Akan tetapi Baginda s.a.w telah mengumpamakan kejadian wanita seperti kejadian tulang rusuk yang telah ditentukan Allah dengan kejadiannya yang bengkok. kejadian yang sedemikian menyempurnakan  lagi kejadian manusia sebagaimana kejadian wanita yang diumpamakan dengan tulang rusuk yang bengkok itu, adalah bagi menyempurnakan kehidupan manusia.

Maka disebabkan kejadiannya yang semula jadi bengkok itu, Baginda s.a.w melarang kita dari daripada melakukan kekerasan terhadap wanita sebagaimana kita tidak mungkin boleh meluruskannya walaupun dengan pembedahan kerana ia akan menghancurkan tulang rusuk itu.

Maka kita perlu kekalkan `kebengkokan` tulang rusuk itu sebagaimana kita perlu terima `kebengkokan` wanita.

Wanita itu bengkok ?

Wanita berbeza dengan lelaki daripada segi penciptaan di mana dalam diri wanita itu mempunyai beberapa perkara yang baginda s.a.w menyifatkannya sebagai `bengkok`. Bengkuk adalah lawan dengan lurus. keseimbangan dan kestabilan emosi adalah lurus manakala cepat emosional diistilahkan sebagai bengkok. Wanita biasanya mudah dikalahkan oleh perasaaannya sehingga mereka banyak hilang sikap bijaksana dalam mengambil satu-satu keputusan. Akibat cepat emosi tersebut, perasaan wanita sering berubah-ubah.

Kerana itulah Baginda s.a.w meinta kaum lelaki agar bersikap sabar dalam berhadapan dengan perilaki dan jangan berkasar kerana ia tidak akan membawa kebaikan buatnya, malah mungkin akan menghancurkannya seperti mana sabda Rasulullah s.a.w, " Jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya."

Kaum lelaki harus ingat bahawa wanita bukanlah sengaja memiliki perilaku tersebut dengan tujuan untuk menyusahkan mereka. Akan tetapi ia merupakan takdir Allah atas wanita. Allah telah memberikan kepada wanita satu sifat khusus berupa perasaan sensitiviti yang tinggi dan cepat emosi.

Maka seorang suami janganlah mencaci maki akan kelemahan wanita ini akan tetapi mereka perlu bijaksana dalam menangani sifat halus wanita itu,

Bengkok Adalah Keistimewaan & Kelebihan Wanita 
Apabila Baginda s.a.w menyatakan bahawa wanita itu diciptakan bengkok bukanlah satu kerendahan, bahkan hakikatnya ia satu KEISTIMEWAAN dan KELEBIHAN buat wanita. kita sedia maklum bahawa Allah telah menjadikan  wanita itu diciptakan mempunyai emosi dan perasaan tinggi serta hati yang lebih lembut berbanding kaum lelaki.  
Kejadian begini hakikatnya amat diperlukan oleh wanita dalam menunaikan tugas yang asasi. Tugas ibu yang mengandungkan anak, menyusu serta memelihara mereka amat memerlukan kepada  perasaan yang halus, rasa sensitiviti dan emosi yang tinggi.
Hingga si ibu mampu untuk menyelami perasaan si anak, menjiwai kegembiraan dan kesedihan mereka dan merasai kepayahan dan kegusaran mereka. Seorang suami juga memerlukan seorang isteri yang lembut dan mudah memahami dan menyelami untuk menjamin kehidupan rumah tangga yang sejahtera dan harmoni. 

Hadis yang memartabatkan kedudukan wanita

maka kejadian sedemikian merupakan satu kejadian Allah untuk menyempurnakan sebuah kehidupan. Maka kita perlu mengiktiraf kejadian ini. Dan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, hadis ini hakikatnya bukanlah merendah-rendahkan kaum hawa. Akan tetapi Baginda s.a.w ingin menegaskan dan menjelaskan tabiat semula jadi kejadian kaum hawa yang telah Allah ciptakan khusus buat mereka.

Dan sangat tidak wajat mereka yang menuduh Baginda s.a.w mengambarkan dalam hadis ini bahawa wanita itu lemah, tidak berharga dan rendah kedudukannya. Itu adalah satu tohmahan yang tidak berasas dan mempunyai niat yang buruk terhadap orang islam.

Bahkan hakikatnya hadis ini meninggikan lagi martabat wanita dimana Baginda s.a.w mengarahkan agar kaum wanita itu dilayan dengan lembut, penuh rahmah dan kasih sayang. Maka bagaimana pula pejuang-pejuang hak asasi wanita mengatakan hadis ini dan Islam itu merendah-rendahkan kedudukan wanita ?

olehpensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ustazah suriani binti sudi

2 komentar

bengkok pada istilah sahaja ;-)

Assalamualaikum wr.wb,

menurut kitab yahudi memang tertera bahwa Hawa tercipta dari tulang rusuk Adam tetapi kebenarannya tidak dpt dipastikan karena yahudi suka mengubah-ubah kitab mereka sendiri.

Oleh karena Allah adalah maha Pencipta, penciptaan Hawa dari tulang rusuk adam tidaklah relevan karena penciptaan seperti ini tidak berilmiah seperti tukang sulap.

jika kita melihat firman Allah diatas menunjukkan bahwa penciptaan adam melalui proses begitu juga dengan penciptaan Hawa.

dan mengenai hadis.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

"Berwasiatlah dan berbuat baiklah kalian kepada wanita, kerana sesungguhnya wanita ini diciptakan daripada tulang rusuk. bahagian yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian yang paling atasnya, jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya. Dan apabila kamu biarkan sahaja maka dia tetap bengkok. maka itu berwasiatlah kepada wanita yang baik."

hadis ini sama sekali,
-tidak berilmiah
-merendahkan pihak wanita

saya yakin banget yg suka merendahkan wanita adalah pihak yahudi.

Dan pada kitab mereka juga tertera bahwa Hawa penyebab turunnya Adam dari syurga, sangat lucu.
Sebenarnya merendahkan kalangan wanita adalah sesuatu yg tidak disukai oleh baginda rasulAllah s.a.w.

Allah S.W.T juga tidak pernah menginformasikan bahwa wanita telah tercipta dari tulang rusuk lelaki.

wassalamualaikum wr.wb,

ustad sayyid


EmoticonEmoticon