8 Nov 2016

Suami Terkejut Jumpa Gambar Tak Senonoh Isteri Dengan Orang Lain, Apa Sang Suami Buat Selepas Itu ?

Suami Terkejut Jumpa Gambar Tak Senonoh Isteri Dengan Orang Lain, Apa Sang Suami Buat Selepas Itu ?

Assalamualaikum saya nak share satu cerita tentang  rumah tangga saya,
tajuk dia dayus kah saya?
Saya baru saja kahwin tidak sampai 2 bulan.. tapi macam-macam dugaan dah berlaku..
yang paling latest sekali mcm ni, 
kami pjj, dia kerja di selatan dan saya kerja di pntai timur, 

saya amik cuti 3 hari utk bercuti bersama-sama isteri saya. Pada hari ketiga ketika menemani isteri di pejabat dia, saya tergerak hati untuk meminjam dan menggunakan pc dlm pejabat isteri saya.. 

saya ternmpak satu file bernama loving u.. dengan perasaan ingin tahu dan excited sebab saya sangka folder tu gmbr saya dan isteri. 

Ternyata sangkaan saya meleset sama sekali, apabila melihat lelaki yang tak saya kenali memeluk erat isteri saya dan banyak pic tak senonoh, gambar paling latest seminggu sebelum kami nikah. 

apa yang saya mampu ucapkan hanyalah Allahuakbar. sejurus itu, saya terus panggil isteri saya.. sayang,ape ni ? isteri saya terdiam.. 

memang kami bertekak mulut tapi saya sesekali tak memukul, menampar atau sentuh isteri saya dengan kasar. saya memang agak marah ketika itu ( jenis yang tak suka marah sebenarnya ) 

saya marah sangat-sangat sehingga saya menendang satu almari smpai kemik pintu nye..
isteri saya gundah gulana dan serba salah.. saya tenangkan diri dan minta perjelasan daripada dia...

dia bercerita bahawa lelaki tu bf baru dia dan gambar tak senonoh tu sume adalah sebelum kahwin. 
selame ni dia tipu saya, die kata pergi bercuti dengan kawan perempuan, rupanya dia keluar dengan jantan tu.. 

hancur luluh hati saya bila terkenangkan gmbar-gambar tu. Saya hanya mampu menangis semahu-mahunya.. 

saya tanya isteri saya lagi. dia mengaku dia ada contact lagi lelaki tu tapi tak pernah jumpa lagi selepas kahwin.. dia dalam diam, dia sayangkan lelaki tu tp dia kahwin dengan saya sebab saya dah kenal family dia.. ( saya dan isteri dah kenal dan bercinta 5 tahun, dia dan bf dia kenal tak sampai setahun )

Memang ikutkan hati, saya mahu pecah-pecahkan muka lelaki tu.. tapi saya fikir apa yang saya dapat ? Kepuasan ? Lepas marah? selepas kejadian itu, saya diam seribu bahasa sehinggalah malam sebelum dia hantar, saya naik bas untuk pulang pantai timur.. semasa on the way ke bus station.. 

saya dengan nada slow bertanya, so macam mana kita ? (masa tu saya sebak sangat sebab saya jenis emotional dan sayangkan sangat-sangat rumahtangga kami) 

isteri saya diam dan jawab entah, ikut abang lah macam mane... memang keluar semahunya air mata jantan saya.. saya setia dengan dia 5 tahun sehinggalah diijabkabulkan. Tak pernah ada nama lain dalam ruang hati saya..

hanya isteri say saja yang bertakhta dihati... walaupun dia degil, dia keras kepala, tapi saya tetap tahu yang satu hari nanti dia boleh berubah dan saya yang akan ubah dia.. 

memang saya takkkan ceraikan dia sebab tujuan saya nikah adalah untuk ubah dia dan bimbing dia ke jalan yang benar.. itu niat saya nikah lillahitaala... selepas dia cakap macam tu, saya tanya dia balik, 

Do u love that guy ? Dia jawab i dont know. then, saya cakap dengan nada lembut, please sayang lupakan dia dan kita fokus hubungan kita ? dan dia tanya lagi, abang nak sayang lagi walau abang tahu macam mana sayang ? 

Dan i said, yess, i always wanted you, abg sentiasa sayangkan sayang.. abang tidak ada org lain dah selain sayang.. kesilapan sayang sebesar mana pun, abg maafkan.. apa jua kesalahan yang sayang buat abg akan maafkan, 

Tapi abang nak sayang tahu payah dalam dunia ni untuk cari perempuan macam sayang..( 5thun saya bersama dengan dia, saya tahu sifat-sifat dia, sikap dia, manja dia, rajuk dia) saya nampk both side of her now.. and i choise to remain beside her and saya as suami dia akan bimbing dia supaya tidak terus berdosa. 

kadang-kadang entah la saya pun terfikir macam mana Allah boleh bagi saya setenang mungkin untuk tidak pukul isteri saya, saya mampu maafkan isteri saya, berikan dia peluang kedua dan tak ceraikan dia....

mungkin sebab saya sayang dia sangat-sangat dan niat saya kahwin dengan dia, dia tidak tahu.. dia tak nampak tu..Tapi sekarang alhamdulillah, saya dah ajak isteri solat taubat, dia pun dah sungguh-sungguh minta maaf dengan saya and doakan saya berjaya untuk bercinta kali kedua dengan isteri saya selepas nikah.. 

Jadi dayuskah saya, bila saya tak buat apa-apa just sekadar perang mulut dan cuma nasihat-nasihat sahaja ? huhu.. saya hanya anggap ini dugaan dalam rumah tangga saya.

sumber : facebook

1 komentar so far


EmoticonEmoticon