23 Nov 2016

Nikmatnya Kematian Itu Tidak Dapat Dibayangkan Dengan Kata-kata

nikmatnya kematian itu

Alhamdulillah bersyukurlah kerana masih lagi bernafas,masih lagi diberi peluang menikmati kehidupan.

Dan yang paling penting masih punya masa untuk memperbaiki  segala kelemahan.
dan memohon keampunan kepada Allah. serta meminta maaf atas segala kesalahan (kepada makhluk.)

Ya Allah untungnya hamba yg  dikasihi Allah sentiasa diberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat dan menambah amalan soleh sebagai bekalan diAkhirat kelak.

Malangnya berapa ramai yang sedar dan menghargai nikmat kehidupan yang diberi?

Hidup ini meletihkan.  Sesak dengan rutin seharian. . Bangun pagi sudah bergegas hingga kepetang, penuh dengan tanggungjawab yang sangat memenatkan. 

Wang dicari memang tak pernah cukup, semakin banyak dicari semakin banyak keperluan, ditambah lagi dengan masalah ekonomi yang membebankan,  belum lagi masalah harian yang remeh temeh membuatkan hidup kita semakin tertekan.

Sampai bila semua masalah ini akan berakhir ? Sudah tentu ujian dariNYA Sampailah saat kita mati.

Tapi mati bukan bermakna berakhir segala kepayahan sebaliknya permulaan sebesar besar penderitaan KECUALI bagi mereka yang telah membuat persediaan awal, merancang kematian agar penuh dengan kenikmatan.

Masya'Allah.

Sebagai hamba kita yakin Allah yang maha adil tidak mungkin memungkiri janjinya kepada mereka yang beriman dan beramal solleh.
Ada lah satu kezaliman  apabila membiarkan diri menjadi calon penghuni neraka.

Kerana jika tidak layak masuk ke syurga kemanakah lagi kita?
Na uzubilah,
Jadilah orang yang cerdik yang sentiasa ingat akan mati, agar hati menjadi lembut dan badan  menjadi ringan berbuat ibadah . 

Ikhlas kan hati dalam setiap perkara, redho dengan ketentuan  qada dan qadar, tidak meremehkan walaupun sekecil kecil kebaikan kerana kita tidak tahu yang mana satu kebaikan atau amalan yang membawa kita ke syurga.

Ingat lah mati cuma pintu masuk ke alam barzah , transit sebelum masuk pula ke alam massyar.Kalau selamat menjawab pertanyaan malaikat maka berehatlah sepuàs hati tanpa gangguan ibarat pengantin yg ketiduran tiada yang berani mengejutkan

Sebenarnya sewaktu sakratulmaut lagi individu itu akan ditunjukkan dimana tempat tinggal yang layak baginya.
Bayangkan ketakutan yang dialami dalam keadaan kesakitan yang amat sangat tidak berkesempatan pula bertaubat (kerana waktu itu pintu taubat telah ditutup.)

Kemudian ditunjukkan pula kedahsyatan penyeksaan yang akan diterima.
Na uzubilah

Berbahagialah bagi hamba yang ibarat merancang kematian nya, tak sabar2 nak memasuki alam baru penuh kenikmatan.

Belum pun masuk syurga sudah mendapat kenikmatan. kubur seluas pandangan dgn udara yang nyaman dan haruman syurga sudah ditebarkan,tidak dpt dibayangkan.

Biarlah didunia ini letih bagaimana pun jangan tinggalkan solat diawal waktu.
Carilah masa untuk belajar ilmu agama agar kematian itu menjadi suatu nikmat.

Bacalah AlQuran apalagi surah al-mulk yang kita ketahui mempunyai banyak kelebihan dan akan menjadi penolong kita ketika dipersoal oleh Allah di akhirat nanti.

Cari ruang untuk zikrulah, banyak kan bersedekah seikhlas hati,

Jadilah orang yang bijak beribadat,(shot cut,tapi ganjaran lumayan)
Biarlah didunia susah dipandang rendah asal akhirat dipandang mulia.

Berazamlah dari hari ini saudara dan saudari dalam  mendapat kenikmatan sebenar mati.

Bukan saya suruh anda mati, Tapi mengingat kesusahan dalam ujiannya   
didunia ada nikmatnya. Jadikanlah kematian itu suatu NIKMAT YANG BERKEKALAN. 

1 komentar so far


EmoticonEmoticon