9 Nov 2016

Mengapa Perlu Memaafkan Orang Sebelum Tidur Dan Apa Kelebihannya ?

mengapa perlu memaafkan orang

Banyak kelebihan yang kita dapat dari memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan merasa ketenangan. kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah kan ?

Memaafkan, berarti menghapus luka atau bekas-bekas luka yang ada di dalam hati. 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : 

"Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit ( para malaikat )." ( Riwayat Thabrani ) 

Apabila kita maafkan semua orang, hati kita menjadi tenang.

Di dalam kehidupan seharian, kita terlupa satu perkara. Bahawa kita sering melakukan dosa dan tiap kali kita melakukan dosa, yang memaafkan dan mengampunkan kita itu – ALLAH. Pencipta kita.

Jadi, bagaimana kita boleh terfikir untuk tidak memaafkan manusia yang melakukan dosa kepada kita sedangkan Allah pun mengampunkan dosa-dosa kita terhadap Nya?

Kadang-kadang bila seseorang minta maaf kepada kita, kita senang mengungkapkan ‘okay, saya maafkan awak’.

Lebih-lebih lagi zaman teknologi canggih macam sekarang ini, hanya perlu meminta maaf dan memaafkan melalui mesej, whatsapp, bbm, wechat dan lain-lain.

Nampak senang bukan?

Tapi, adakah perkataan ‘saya maafkan awak’ itu lahir dari hati yang tulus ikhlas? Adakah ia benar-benar terbit dari hati kecil kita yang realitinya terluka dek kerana perbuatan insan yang meminta maaf itu?

Senang cerita macam ini lah, kalau kita buat salah dekat orang, kita mesti nak orang itu memaafkan kita kan? Takut-takut kalau tak sempat minta maaf, letih jugak nak cari orang itu di padang mahsyar nanti untuk minta maaf.

Tapi, kalau kita nak orang maafkan kita, kita mesti ikhlas dalam meminta maaf.

Percaya lah cakap saya, kalau kita minta maaf pun tak ikhlas dari hati, nescaya orang yang memaafkan itu pun akan jadi tak ikhlas dalam memaafkan.

Kepada yang memaafkan, anda kena ingat, bila anda memaafkan orang yang berbuat salah kepada anda, anda akan rasa tenang. Tenang setenang-tenangnya.

Berdendam takkan dapat bawa kita kepada ketenangan hidup, sebab kalau kita berdendam dan tak mahu maafkan orang yang berbuat salah kepada kita, kita akan hidup dengan penuh rasa benci dan marah.

Bila dalam diri penuh rasa benci dan marah, semua benda-benda baik akan sukar kita perolehi dalam kehidupan.

Sebab itu lah kalau kita perhatikan, orang yang tidak ikhlas memaafkan ini dia akan rasa tak puas hati dan masih ada rasa benci terhadap si pelaku salah.

Maafkanlah orang yang berbuat salah kepada anda walau seteruk mana anda disakiti. Memaafkan itu sifat terpuji. INGAT, HANYA ORANG YANG KUAT SAHAJA YANG AKAN MEMAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH KEPADANYA.

Walaupun hakikatnya memang susah nak maafkan orang, tapi kalau kita maafkan, kita tak rugi apa-apa pun. Tak guna duit kita walau sesen pun.

Biasakan Diri Untuk Memaafkan Orang.

Antara adab - adab tidur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah memaafkan semua orang sebelum tidur. 

Sebelum tidur, cuba biasakan diri untuk meminta maaf kepada orang sekeliling dan memaafkan orang yang telah menyakiti kita. In shaa Allah, ketenangan lah yang akan kita dapat.

Kadang-kadang, kita perlu memaafkan orang, bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.

Memaafkan tak akan membuatkan kita hina walau sedikit pun, meminta maaf takkan menjatuhkan harga diri kita walau sedikit pun, kerna kita tahu akan hakikat bahawa manusia akan sentiasa melakukan kesilapan dalam hidup.


Belajarlah untuk memaafkan untuk kita memperoleh ketenangan. Sesungguhnya, pemaaf itu sifat orang beriman. :)


EmoticonEmoticon