21 Nov 2016

Bahagia Itu Pilihan Atau Ketentuan ?

bahagia itu pilihan

Semua insan mahu kan kebahagiaan bukan ?  
Bahagia itu ada definasi yang berlainan bagi setiap orang. 

Ada orang menganggap bahagia dapat dikecapi dari segi limpahan material. 
Ada orang bahagia bila kasih sayang yang didambakan dari seseorang didapati. Ada juga yang bahagia bila ada ketenangan fikiran. 

Bahagia terletak pada  cara penerimaan seseorang dari ketentuanNya ilahi.
Hati akan tenang bila kita faham setiap sesesuatu perkara samada baik atau buruk semua nya datang dari Allah.

Biarpun telah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu tapi itu tidak bererti kita berhak total untuk mendapatkan kerana sebagai seorang hamba boleh berusaha, beriktiar, berdoa dan tawakal tetapi hanya Allah yang menentukannya samada kita berjaya atau tidak untuk mendapat apa yang dicita.

Bersihkanlah jiwa dengan zikrullah agar hati menjadi lembut dan sentiasa redho dengan setiap ketentuan ilahi. kerana hati yang sempit akan menganggap masalah kecil menjadi besar dan hati yang lapang akan merasa masalah besar pun kecil bagi nya.

Hati akan derita merintih dengan pelbagai masalah kerana tidak dapat menerima kenyataan sebaliknya orang yang redho akan pelan-pelan cari penyelesaian sambil ingat kan dirinya bersabar kerana  musibah 
atau kesusahan yang dihadapi oleh nya datang dengan izin Allah. 

Contoh orang yang tiba2 dikotori najis burung ketika sedang berjalan akan rasa marah dengan burung sambil menyumpah 2 sangat tertekan dengan kata yang busuk, hanya akan derita dan sakit hati sebaliknya orang yang redho akan berkata burung makhluk yang tak tahu apa-apa tak sengaja pun nak berakkan kita, cepat-cepat cari jalan nak bersihkan dan masalah pun selesai dgn tenang tanpa rasa kesal.

Bahagia Itu Pilihan

Pilihlah bahagia dihati dengan mencari ketenangan, dan berbaik sangka dgn Allah.  ketenangan akan hanya diperoleh bila mencari Allah. 

Jagalah Allah dan Allah akan menjagamu.


EmoticonEmoticon