10 Jan 2012

6 Tanda Anda Sudah Berjumpa Lelaki Yang Sesuai

Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal. Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda anda sebagai wanita sudah berjumpa dengan lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup?


(1) Adakah anda berdua berkongsi kepercayaan yang sama?- Nilai sesuatu hubungan adalah mengenai bagaimana anda berkongsi saat masa bersama. Walaupun anda mungkin tidak bersetuju dengan semua perkara, apa yang lebih penting adalah mengenai teras kepercayaan anda dalam hubungan.


(2) Bagaimana mereka mengawal pergaduhan- Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan bahawa tidak pernah berselisih faham bersama pasangan lelaki. Soal pergaduhan bukanlah masalah utama, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana lelaki tersebut mengawal pergaduhan. Adakah anda berpuas hati?


(3) Bagaimana mereka melayan orang lain- Manusia tidak hidup dalam keadaan sendirian, masing-masing ada komuniti yang tersendiri. Bagitu juga anda, selain pasangan, pasti ada orang lain yang lebih penting. Adakah anda menggemari cara pasangan anda melayan orang yang turut penting dalam kehidupan anda?


(4) Bagaimana mereka melayan anda dihadapan orang lain- Sekiranya anda dapat merasakan suatu keistimewaan walaupun dalam masa yang sama mereka perlu turut melayan orang lain, ia menunjukkan bahawa anda adalah orang penting dalam kehidupan mereka.


(5) Adakah mereka memahami anda- Bagaimana mereka mendengar pendapat atau luahan isi hati anda walaupun mereka sendiri tidak menyetujui dengan apa yang anda luahkan?


(6) Adakah mereka seorang yang bertanggungjawab- Sekiranya mereka hanya memberikan beban kepada anda, ia bermakna mereka bukanlah lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

info : top5reason


1 komentar so far

lg 1.. allah jg ada memberi 'hint' Nya...


EmoticonEmoticon