16 Nov 2011

Penghulu Segala Istighfar




Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta kholaqtani, wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, a’udzubika min syarri ma shona’tu abu-u laka bini’matika ‘alaiyya wa abu-u bidzanbi, faghfirli fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illa anta

Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau."



Nabi SAW bersabda:- 
"Sesiapa membaca penghulu istighfar pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari, maka dia termasuk dari ahli syurga.

Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi, maka dia termasuk dari ahli syurga".
(HR Bukhari)


p/s : Baca selepas solat subuh dan maghrib 
Alangkah ruginya kita, jika amalan yang mudah ini tak dapat diamalkan, balasan yang dijanjikan syurga kawan-kawan. Marilah kita sama-sama mengamalkan zikir ini dan berdoa moga Allah memberi kita kekuatan agar kita dapat istiqamah dalam mengamalkannya. Insyaallah wahai jiwa-jiwa yang tenang.


EmoticonEmoticon