7 Nov 2011

5 Kelebihan Sekiranya Anda Single



Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Ya, Single. mungkin ramai yang tidak suka hidup dalam keadaan single. tapi hidup single sangat mudah nak dibandingkan ketika bercinta. berikut merupakan kelebihan sekiranya anda single. Jangan membujang sampai ke tua sudah lah. :)


Kewangan

Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.


Kawan 
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

Tidak banyak masalah
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

Kurang tanggungjawab 
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.

Terpulang pada anda, kalau rasa ada banyak lagi impian yang anda nak kejar dan capai, kehidupan single adalah lebih baik. Mungkin dapat memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Tapi bergantung terhadap kesesuaian diri anda. Itu anda yang tentukan :)

6 komentar


EmoticonEmoticon