31 Oct 2011

TIPS UTK HILANGKAN STRESS



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan 
tekanan hidup. Antaranya ialah : 


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati. 


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca 
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca 
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti 
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai 
teman paling akrab pada sepanjang waktu. 


3) Banyakkan Solat Sunat 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. 


4) Selalu berdoa kepada Allah 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini 
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. 


Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


Info : http://www.masjidalmukarramah.org

5 komentar

betul tu bro, ketengan hati datang dari Dia, jadi kite perlu bermohon dariNyA

alkhamdulila yaa?? :)

sekiranya kita letakkan Dia ditempat yang paling teratas InsyaAllah ketenangan milik kita.

Like dgn sharing ni..Antara punca manusia stress adalah disebabkan manusia semakin jauh dan lalai dgn Allah.. Manusia yg rapat dgn Allah, insyaAllah takkan pernah sempat stress dengan kehidupan..^_^

http://nurkids2u.blogspot.com/


EmoticonEmoticon