1 Nov 2011

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk




1. BUAT TAK TAHU
Dia akan buat tak tahu dengan korang. Sebagai contoh, jika korang meminta pertolongan , dia buat acuh tak acuh sahaja. Lebih teruk dia buat-buat tak dengar sahaja. Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan sahaja buat kamu geram tetapi buat seolah-olah kamu tidak wujud disisinya.

2. DIAM SERIBU BAHASA
Dia diam saja sepanjang bersama dengan kamu. Walaupun kamu bercakap dengannya, dia hanya mengiyakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak akan melayan korang seperti sebelum ini. Jika perkara ini berlaku, sahlah si dia sedang merajuk dengan korang.

3. MENOLAK UNTUK MAKAN BERSAMA
Apabila lelaki merajuk biasanya dia tidak mahu bersemuka dengan korang. Dia akan bagi alasan seperti “awak makanlah dulu, saya kenyang.Lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi.” Hakikat sebenar dia belum makan lagi dan sanggup menahan lapar kerana merajuk dengan korang.

4. MASAM MUKA 
Sikap ini boleh menambahkan geram korang. Sudahlah tidak mahu bercakap dengan korang, dia boleh buat muka pula. Ia menandakan si dia tidak berpuas hati dengan korang. Tetapi memang telah menjadi adat, orang merajuk memang begitu.

5. BACA SURAT KHABAR
Bab ini memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu dirinya.

6. TIDAK MEMAKLUMKAN DESTINASI DIA BERADA
Biasanya kalau hendak ke mana-mana dia akan memberitahu kamu lokasi atau tempat yang ingin ditujui. Namun kerana merajuk, dia langsung tidak mahu memberitahu kamu ke mana dia hendak pergi. Ini menunjukkan yang dia memprotes korang. Korang jangan seklai-kali memaksa dia untuk menjawab pertanyaan korang kerana pasti dia akan buat tidak tahu sahaja!

7. MATIKAN TELEFON BIMBIT
Aduh! Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu apabila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan mematikan telefon bimbit dan member pelbagai alasan termasuklah bateri habis. Sebenarnya alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara korang kerana takut perasaan marahnya akan bertambah. Tapi korang tengok sampai bila dia mampu bertahan kerana kalau sudah sayang, akhirnya dia akan menghubungi kamu juga.


5 komentar

;) nice tips.haha..nty boleh guna bila kawin..huhu

ala ngada2 nk ngajuk hahahahaah

wat dunno jew...lama2 dia ok sndri r 2...huhu


EmoticonEmoticon