31 Oct 2011

Petua Untuk Luahkan Rasa Cinta


Kalau anda menyayangi seseorang dan dah mula terbit rasa cinta dihati, luahkanlah ia. Jangan simpan di dalam hati. Mana tahu dengan meluahkan perasaan cinta anda itu,
akan membawa episod bahagia dalam hidup anda. Jika sebaliknya, janganlah bersedih hati sebab masih ada insan lain menanti anda.

Jadi, bagi anda yang malu2 or masih mencari cara2 untuk meluahkan rasa cinta anda itu. Anda bolehlah try petua di bawah ini. Selamat mencuba ye!!


Ungkapkan cinta dengan sesuatu - 
Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen 
lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.


Ungkapkan cinta secara langsung - 
Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.


Kenali si dia dengan baik - 
Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.


Siapkan Mental  - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.


Berdoa sebelum mengungkapkan cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

 Credit : sentuhankasihsuci.blogspot.com

5 komentar

Tq fti ‎؛‎ Betulbetul si dia boleh mempertimbangkan lamaran tersebut sekiranya cakap secara langsung - tapi ni tak , banyakkan suka ckp melalui kemudahan teknologi moden ==" , mane tak kena reject ? Nampak beno tak ikhlas ;C

hahaha

bagus bagi sibujang dan si dara, bagi dah kahwin, jangan dok try la..hahaa
Dosa Penjawat Awam


EmoticonEmoticon