22 Oct 2011

10 Petanda Yang Dia Adalah Jodoh Anda




Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. 
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? 
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. 
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. 

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. 
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan ?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh anda :


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. 


Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini 
hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Komen Anda Amatlah Dihargai :)

37 komentar

nik nurul azlina delete October 22, 2011

betul3.....kalau betul itu le jodoh kita, kalau ade org tnya kita kenapa pilih die, kita x leh nk explain kt org cmne n kenapa kita merasakan die le jodoh kita...tpi hati tetap mengatakan die le yg terbaik utk kita...hanya kita sahaja yg memahaminya kenapa die jodoh kita...

setuju dgn nik nurul azlina...
sy & pasangan juga merasakan 10 tanda2 diatas..
walau byk halangan & dugaan yg sy lalui dgn pasangan,kami tetap hadapi dgn tabah.. mudah2an jodoh kami berpanjangan.. InsyaAllah..

saya setuju sgt2.... walau mcm mn pn kita pertahankan hubungan tu... klu dia bukan jodoh kita maka dia bukan utk kiter...

like this entry..:)

saya setuju sgt.... klau dia jodoh dr ALLAH SWT utk kita kekal kita hingga ke akhirat... klau jodoh 2 jodoh kita dan ALLAH SWT x restu maka terputuslah ikatan itu... pa2 pon cuma igat 1 jodoh 2 rahsia ALLAH SWT x dak siapa yg tahu kecuali hanya DIA yg tahu... :)

aieyyla eylla cornettholurve delete October 26, 2011

btol lha uh . setuju cngad2 .

salam.. mntk share yew... tq..

salam...sy nk tnye jer la, cmnie. sy dgn gf sy nie da 5 tahun bersame. pastu secare tibe2 ade org merisik die. pastu gf sy nie wat solat istikharah. ape yg die nmpk, ialah lelaki yg dtg merisik tu. dalam 10 tips psl jodoh kt ats tu, yg last jer xkena dgn hubungan kami. apakah tu tanda itu tanda dia bkn jodoh sy?? sy tertekan sgt skang. sudah mcm2 sy usaha utk pertahankan cinta kami nie, sbb sy n dia mmg dah saling memahami n bhgia. =(

nk share:)

sy amat mencintai seseorang tapi saya malu untuk meluahkan perasaan sy.

>>anonymous

dalam 10 tips ni, memang ada kebenarannya. tp, kte nilai balik hubungan kita dengan orang lain pulak. conthnya dengan kwn2 kita. mcm mna kita boleh ngam dgn dyorg?? sebb kita dengan kawan2 kita ada keserasian. mcm tu gak dengan pasangan. keserasian memang ada, tapi, yang telah ditentukan di loh mahfuz tu, adalah jodoh terbaik yg telah ditentukan untuk kita..

kalau gf saudara sekarang bukan jodh saudara, tentunya Allah dah menentukan jodh yg lebih baik untuk saudara.mungkin saudara tidak nmpak hikmahnya sekarang, tetapi akan meyedarinya dikemudian hari..

harap membantu. wasalam

nk mtak izin dlu,sblum share..

klo kita buat istikharah then menidakkan istikharah itu, ia satu kerugian besar kerana kita telah meminta prtunjuk driNya ^^V

sedara y da cinta 5thun 2..sedara pon kne buat solat istiharah juge....cbe lah mnkin Allah akan bantu sedara..petunjuk bkn dtg dlm mmpi saje..jika xdtg ptunjuk dlm mimpi ia juga dtg lam hati..lepas buat, pikir la kata hati sedara y kuat..=)

btul jugak ape yg ditulis dlm entry nih...jika ditnya knpe kte ske ngn die n rse die jdoh kte,kte sndri xtau nk jwb tp naluri ht yg kuat mngtakan die jdoh kte...jka dtnyakn cbb??jka bsbb xmsthil hbgn tu xlme..msalnye kte ske kn die sbb die cntik,die pndai bkta2 mmju...ble sumer tu xde nti andai stu hr terjd kn,after that xde cbb utk kte sugkn die lg..tht y jgn dtnya knp kte sygkn die...:-)

bercinta lama2 tapi akhir terputus di tengah jln tp hati kecik kata dia pasti akan kembali adaka nie juga dikatakan jodoh kite...

cinta,cinta dan cinta...

Bagitahu kelemahan diri pada dye..
Bagusnye...

kadang-kadang bila kita rasa pilihan kita tepat dan kita benar2 komitmen, terima kelemahan dan kelebihan dia, memaafkan dan selalu memberi peluang semoga ada perubahan yang baik dari dia tapi dalam tak sedar...dia mencari pilihan yang lain...itu dianggap bukan jodoh kita ka?betul..ada hikmah disetiap yang terjadi..cuma bagaimana kita menerimanya sahaja berbeza...tak salah rasanya jika kita lihat dia bahagia dengan pilihan dia sedangkan dia tak pernah sebahagia itu bila bersama kita...curang tu perkara paling teruk...tak adil pada orang yang setia..:(

Makin sye cube lupekan die, makin dekat rase hati ini padanyer.. kata hati dan petunjuk merasekan dia jodoh sye.. tapi sye takut ape yg di rasai ini hanye mainan perasaan semate2

Maybe because im young , buat i never believe in love , atau jodoh .
Sayup rasa - tunggu umur 30 lah kot baru nak percaya semua ni ;) .
Btw tfyi ;D

Ya Allah, Kenapa dia x jujur...?
Betul kata hati, sememang nya dia x jujur...
Dia berzina dengan lelaki lain...
Patutkah aku Terima dia?
Ya Allah, Berikanlah aku PETUNJUK MU.

tp klu gf awk tue da bt solt istikharah..nmpk owg y risik nyer 2..mngkin mmg da ditakdirkn owg 2 jodoh die..pape pon bt byk2 bersabar ye....

bercinta n couple 2 menyusahkan,.. brcintalah kerana allah swt,bkn krn nafsu....

setuju x klu mke hmpir2 sme?

setuju dengan 10 tanda tu
tapi sebelm adanya 10 tanda tu,susah nak jangka tu jodh kita atau tak untuk awal2 perkenalan
Kdang2 rasa macam ye kadang2 tak
yg istikrah tu jawapn paling sesuai :D

adadadad

Boleh tanya sikit tak? macam mana kalau seorang lelaki mula pudar kasih sayang bersama si kekasih tetapi dalam masa si kekasih semakin menyayangi si lelaki..si lelaki terpaksa menjaga hati si kekasih kerana takut si kekasih sedih tapi dalam masa yang sama si lelaki semakin ketandusan rasa kasih sayang.. bagaimana tu?

Perempuan memang sussh nak faham lelaki.


EmoticonEmoticon